Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa PENYATA PENDAPATAN TAHU
NAN (EC FORM) TAHUN 2023 bagi Pegawai Tetap UPM dan Pegawai Lantikan Skim Dalaman UPM boleh diakses melalui
www.eslip.upm.edu.my " Sistem Slip & Penyata Tahunan " mulai 28 Februari 2024.
Sila masukkan UPM ID dan KATA LALUAN untuk pilihan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) dan Penyata Gaji (Pay Slip).
Sila cetak penyata berkenaan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga untuk semakan serta simpanan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan.
Bagi pegawai yang telah bersara dan tidak lagi berkhidmat di UPM boleh menghubungi
kewanganstaf@upm.edu.my untuk permohonan Penyata Pendapatan
Tahun 2023.
Pegawai di nasihatkan untuk menyemak butiran di Penyata Tahunan 2023 bersama dengan slip gaji bulanan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kewangan Kemudahan Staf Pejabat Bursar di talian 03-9769 6610/6204/3552/3554/3549/3513/3547.