PRE CELEBRATION PHOTOGRAPHY SESSION | BURSAR OFFICE
» NEWS » PRE CELEBRATION PHOTOGRAPHY SESSION

PRE CELEBRATION PHOTOGRAPHY SESSION

Serdang, 21 Mac 2024 – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba dalam 2 minggu lagi, suasana perayaan tersebut telah mula dirasai oleh segenap warga Pejabat Bursar . Bagi mengabadikan kenangan bersama menjelang perayaan ini, Bahagian Pentadbiran Pejaba Bursar telah mengambil inisitif untuk menganjur sesi fotografi bersama Puan Bursar di kawasan terbuka. Sesi Fotografi Pra Hari Raya Aidilfitri Pejabat Bursar ini  telah diadakan di sekitar ladang Farm Fresh Sdn. Bhd yang bertempat di Ladang 16 Fakulti Pertanian, menyeberangi pintu keluar stadium. Dengan keizinan daripada Pusat Pertanian Putra dan pihak ladang Farm Fresh, sesi fotografi dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh sebahagian besar staf pejabat bursar yang berkelapangan pada 21 Mac tersebut. Kesemua yang dijemput hadir ke kawasan penggambaran telah mengenakan busana hari raya aidilfitri pilihan masing-masing.

Cuaca yang sangat baik pada hari tersebut dimulai dengan sesi fotografi mengikut seksyen dan bahagian di lokasi-lokasi strategik yang dipilih oleh seksyen dan bahagian masing-masing. Pelbagai gaya dan kerenah staf sepanjang sesi penggambaran  berlansung menjadikan siasana di jawasan tersebut dipenuhi gelak tawa dan senda gurau. Sesi fotografi diakhiri dengan penggambaran secara beramai-ramai bersama Puan Bursar. Tempoh fotografi berjalan selama 2 jam setengah dan dilatari pemandangan dan kehijauan ladang Farm Fresh Sdn. Bhd. Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua staf dan inisiatif pentadbiran Pejabat Bursar UPM

 

Date of Input: 29/03/2024 | Updated: 29/03/2024 | aini_abd

MEDIA SHARING

BURSAR OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbWAv~