Dimaklumkan bahawa berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Yuran UPM A
Bil.6 (1/2026), minit 5/1(2026), pihak universiti telah bersetuju untuk melaksanakan kadar
caj bagi permohonan cetakan penyata bayaran yuran pengajian Universiti Putra Malaysia
(UPM) kepada bekas pelajar/alumni.
Pelaksanaan caj ini adalah tertakluk kepada kategori permohonan seperti berikut:
| KATEGORI | KADAR CAJ |
| Permohonan Biasa - Data dalam tempoh sistem semasa / tempoh singkat dengan transaksi terhad |
RM50.00 |
| Permohonan Kompleks - Data lama melebihi 10–15 tahun dan melibatkan pelbagai transaksi / bayaran ansuran / runcit |
RM100.00 |
| Pelajar Antarabangsa | USD50 atau bersamaan RM200.00 |
Sehubungan itu, semua permohonan cetakan penyata bayaran yuran pengajian akan
dikenakan caj mengikut kadar yang telah diluluskan.
Dimaklumkan bahawa pelaksanaan caj ini akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tatacara pembayaran, sila hubungi Seksyen
Kewangan Pelajar, Pejabat Bursar di talian 603-97693553 / 3570 / 3571 / 6215 / 6240
atau emel kepada bursar.student_pg@upm.edu.my (Postgraduate) /
bursar.student_ug@upm.edu.my (Undergraduate)
Sekian, terima kasih.
Semua Pegawai Universiti Putra Malaysia adalah digalakkan untuk mengakses Google Site
Sudut Maklumat Pengurusan Aset untuk mendapatkan informasi berkaitan Proses
Pengurusan Aset di UPM.
Google Site boleh di akses menggunakan UPM-ID melalui capaian
https://sites.google.com/upm.edu.my/pengurusanaset/home.
Selain itu, Google Site Sudut Maklumat Pengurusan Aset boleh didapati melalui Laman Web
Pejabat Bursar.
Sudut Maklumat Pengurusan Aset
Sekian, terima kasih
Bahagian Kewangan Pengurusan Aset
MAKLUMAT LANJUT: https://www.tenderwizard.my/UPM
MAKLUMAT LANJUT: eJOBS
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.