SERDANG, 2 September 2021: Menyedari kegiatan Sahabat Masjid yang semakin aktif menganjurkan program berbentuk kebajikan bersama komuniti sekitar Serdang yang membabitkan kakitangan, pelajar UPM dan ahli kariah masjid, YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau berbentuk 2 buah notebook terpakai dalam satu majlis ringkas penyerahan sumbangan di Bilik Mesyuarat Pejabat Bursar pada 2 September 2021. Dalam majlis ini , Sahabat Masjid yang diwakili oleh Encik Bukryman bin Sabri yang juga merupakan Pengerusi Sahabat Masjid UPM dan selaku Felo Bersekutu (Perhubungan dan Kebajikan) Pejabat Naib Canselor dengan berbesar hati menerima sumbang ikhlas daripada Dato Bursar .
Encik Bukryman berkata, sumbangan ini adalah merupakan satu penghargaan daripada YBhg. Dato’ kepada Sahabat Masjid yang amat besar ertinya sekaligus menunjukkan keprihatinan Dato’ yang tidak pernah jemu menyokong program yang sering diajurkan oleh Sahabat Masjid untuk membantu golongan yang memerlukan. Dengan adanya notebook ini, banyak program akan dirancang dan melibatkan ramai pihak pada masa akan datang.
Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah mantan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Bendahari (KSKB) iaitu Encik Mohd Hafiz bin Amrullah dan juga barisan AJK KSKB sesi 2021-2023 yang baharu yang mengadakan serahan tugas pada masa yang sama
Tarikh Input: 10/09/2021 | Kemaskini: 10/09/2021 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.