TAKLIMAT PENGURUSAN ASET UNIVERSITI | PEJABAT BURSAR
» BERITA » TAKLIMAT PENGURUSAN ASET UNIVERSITI

TAKLIMAT PENGURUSAN ASET UNIVERSITI

SERDANG, 23 September 2020 - Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi berjaya menganjur kan Taklimat Pengurusan Aset pada 23 September 2020. Bertempat di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, seramai 155 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Aset dan Pegawai Tadbir dari pelbagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ) telah hadir untuk menyertai sesi taklimat berkenaan.

Berbeza dengan taklimat sebelumnya, peserta bukan sahaja daripada UPM Kampus Serdang tetapi juga turut di sertai oleh peserta dari UPM Kampus Bintulu secara telesidang.

Objektif taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah kefahaman kepada pegawai mengenai peranan dan tatacara pengurusan aset serta memberi maklumat terkini berkenaan tatacara pengurusan aset yang berkuat kuasa.

Hal ini penting untuk mengurang kan teguran audit berkaitan pelaksanaan pengurusan aset yang tidak mengikut peraturan semasa.

Antara intipati utama yang telah disampaikan oleh Puan Junaidah binti Md Isa selaku Penolong Bendahari di BKPA semasa sesi taklimat berkenaan adalah mengenai Tatacara Pengurusan Aset di Universiti yang merangkumi Pendahuluan Pengurusan Aset, Penerimaan, Pendaftaran, Pengguna, Penyimpanan dan Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.

Secara keseluruhannya, taklimat yang diadakan amat penting kepada semua Pegawai Aset supaya pengurusan aset di PTJ dapat di laksanakan dengan baik dan teratur mengikut keperluan Pekeliling yang telah ditetapkan.

SLIDE sila klik DISINI

Tarikh Input: 09/10/2020 | Kemaskini: 02/12/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFFDA0~