SERDANG : 27 OGOS 2020 – Pekeliling PK7 (Pengecualian Tatacara Perolehan) ini telah di terima pakai oleh UPM pada 24 Julai 2019 seperti yang luluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Lembaga Pengarah UPM pada 8 Oktober 2019. Manakala Pekeliling Bursar Bil 5 Tahun 2019 telah dikeluarkan kepada semua warga UPM berkenaan dengan pelaksanaannya pada 2 Disember 2019 dan beserta dengan taklimat pelaksanaannya di adakan kepada semua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) pada 6 Mac 2020 di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM.
Menyedari pentingnya maklumat Pekeliling PK7 ini kepada PTJ dan Pejabat Bursar , Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKPP) sekali lagi telah menganjurkan taklimat yang sama khusus kepada semua staf Pejabat Bursar yang terlibat dengan pembayaran bagi memberi lebih kefahaman tentang peraturan yang berkuatkuasa.
Taklimat yang diberi oleh Puan Ana Azrin Ahmad ini dihadiri hampir 40 orang wakil daripada Bahagian Pembayaran Operasi Berpusat (BPOB) termasuk dari Seksyen-seksyen Kewangan yang lain. Dalam taklimat ini juga di sertakan dengan sesi soal jawab antara para panel yang terdiri daripada Ketua Bahagian BKPP, wakil Pembayaran, Penyelidikan dan Pembangunan bagi membantu para peserta untuk bertukar pandangan dan mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan pelaksanaan Pekeliling PK7 agar boleh dilaksanakan dengan berkesan .
Tarikh Input: 16/09/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | azizal
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.