SERDANG, 12 Februari 2024 - Lanjutan daripada sesi Jerayawara yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Bursar pada awal Januari 2024, terdapat permintaan yang tinggi daripada staf Pusat Tanggungjawab agar sesi latihan lanjutan dilaksanakan oleh Pejabat Bursar bagi penggunaan sistem kewangan baharu selepas penggunaan oleh PTJ mulai 15 Januari 2024
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pendigitalan Kewangan Pejabat Bursar telah mengambil keputusan untuk melaksanakan sesi latihan lanjutan penggunaan sistem kewangan kepada Pusat tanggungjawab mulai 7 Februari 2024 sehingga 9 Februari 2024 sebanyak 2 sesi setiap hari. Kehadiran setiap sesi adalah melebihi 50 orang termasuk sesi latihan yang diadakan secara dalam talian menjadikan jumlah kehadiran sepanjang 3 hari tersebut adalah sebanyak 500 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dan tugasan di PTJ
Sesi latihan lanjutan ini disampaikan oleh 2 orang penceramah iaitu Puan Noraini binti Abdullah dan Puan Yusnawati binti Mat Isa di masing-masing mengambil giliran menyampaikan ceramah di dalam satu-satu sesi tersebut. Pelbagai persoalan dan cadangan yang diterima daripada peserta samaada yang hadir secara fizikal atau dalam talian. Wakil daripada pihak Century Software Sdn Bhd turut hadir seramai 3 orang bagi membantu menjawab soalan-soalan teknikal yang diberikan oleh peserta kepada penceramah
Diharap sesi latihan lanjutan ini dapat memberikan kefahaman yang terbaik kepada semua peserta serta memastikan proses pengisian maklumat ke dalam sistem adalah lengkap.
Tarikh Input: 21/02/2024 | Kemaskini: 21/02/2024 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.