SERDANG, 24 September – Misi merebut slot kemenangan dalam Kejohanan Sukan Staf UPM (SUSTAF) tercapai apabila Gabungan 8 (G8) berjaya menjadi Johan bagi acara Tenpin Boling (L) pada 12 September 2020.
G8 merupakan gabungan yang terdiri daripada Pejabat Bursar dan 11 PTJ yang lain turut memenangi naib juara bagi acara Petanque Campuran dan tempat ketiga bagi acara Tenpin Boling (W) dan Futsal (W).
Kejohanan SUSTAF yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dengan kerjasama Pejabat Pendaftar berlangsung pada 24 Ogos sehingga 9 Oktober 2020 bertempat di kampus UPM Serdang.
Penyertaan SUSTAF pada tahun 2020 melibatkan 8 Gabungan daripada 74 Pusat Tanggung Jawab (PTJ) di UPM. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Petanque Campuran, Badminton Campuran, Tenpin Boling L & W, Golf, Futsal W, Liga Penalti, Bola Tampar Campuran.
SUSTAF merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dikalangan staf universiti serta menjalinkan perpaduan sesama kaum. Objektif utama SUSTAF adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi mewakili Universiti ke kejohanan bertaraf Universiti khususnya dan Negara amnya.
Seramai 13 orang staf Pejabat Bursar terlibat untuk mewakili sukan yang telah dipertandingkan di bawah G8.
Sukan Petanque Campuran
Sukan Futsal W
Sukan Tenpin Boling L & W
Tarikh Input: 29/09/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.