PENYERTAAN YANG MEMBUAHKAN HASIL DI KEJOHANAN BOLING PERMATA 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENYERTAAN YANG MEMBUAHKAN HASIL DI KEJOHANAN BOLING PERMATA 2023

PENYERTAAN YANG MEMBUAHKAN HASIL DI KEJOHANAN BOLING PERMATA 2023

Serdang, 11 Februari 2023 – Penyertaan ahli persatuan PERMATA UPM yang terdiri daripada beberapa staf Pejabat Bursar di dalam kejohanan boling pada hujung minggu tidak mengecewakan jabatan ini apabila 3 orang daripada staf tersebut merangkul 3 tempat teratas di dalam kejuaraan tersebut.  Kejohanan Boling Permata 2023 tersebut yang diadakan pada 11 Februari 2023, jam 11 pagi di Garden Bowl, Superbowl, Bangi Getaway itu menyaksikan sebanyak dua puluh kumpulan secara berpasangan daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab berentap untuk merebut hadiah dan piala yang ditawarkan. Pejabat Bursar telah diwakili oleh Pn. Nor Azima bt. Malek, Siti Harlizah bt. Rahman, Nur Maizurida bt. Ibrahim, Fazrina bt. Rosli, Suzanawati bt. Ali dan staf bersara Pn. Siti Eshah bt. Othman. Kejohanan dijalankan secara berpasangan wanita bersama PTJ lain di UPM.

Wakil dari Pejabat Bursar telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mendapat tempat teratas dalam kejohanan. Juara ditempat pertama adalah Nur Maizurida Ibrahim, tempat kedua Pn. Nor Azima Malek dan tempat ketiga pula dimenangi Fazrina Rosli. Kemenangan mereka diraikan bersama pasangan pemainnya dari PTJ lain. Berdasarkan kutipan pin secara keseluruhan kejohanan, Pn. Nor Azima Malek, telah berjaya merangkul kutipan pin tertinggi dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang mewakili Pejabat Bursar atas semangat kesukanan dan dedikasi yang berterusan. Majulah sukan untuk Pejabat Bursar

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaUAb~