PENYERTAAN JULUNG KALI PEJABAT BURSAR DALAM SEBUDI 2.0 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENYERTAAN JULUNG KALI PEJABAT BURSAR DALAM SEBUDI 2.0

PENYERTAAN JULUNG KALI PEJABAT BURSAR DALAM SEBUDI 2.0

SERDANG-22 FEBRUARI 2024 : Langkah diarak gagah oleh sekumpulan wira dan wirawati Pejabat Bursar yang begitu berani dan bersemangat untuk menyertai Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan Inter PTJ yang telah diadakan di Panggung Percubaan,  PKKSAAS, UPM anjuran oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah pada 21 dan 22 Februari 2024. Program ini adalah berbentuk pertandingan yang terbuka kepada PTJ di UPM. Ia merupakan satu inisiatif penganjuran oleh PKKSSAAS terhadap pemerkasaan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman serta memberikan pendedahan bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni menerusi SEBUDI kepada warga UPM amnya.

 

Kuiz yang telah disertai oleh 41 pusat tanggungjawab ini membuktikan bahawa tiada soalan yang menjadi mustahil untuk dijawab oleh sesiapa sahaja. Pejabat Bursar tidak ketinggalan menghantar seramai 3 orang wakil untuk menyertai kuiz tersebut iaitu Encik Mohd Asri Abdullah, Puan Najwa Hani Hashim dan Puan Nur Huda Mohamad Sani. Kuiz yang berlansung selama 2 hari ini menyaksikan perlawanan yang sengit antara setiap kumpulan.

 

Pertandingan ini dimenangi oleh Fakulti Bahasa Moden Komunikasi. Walaupun Pejabat Bursar hanya berjaya mara sehingga suku akhir sahaja, namun ia tetap menjadi pencetus semangat dan kebanggaan kepada semua staf Pejabat Bursar di atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh wakil yang bertanding.

 

 

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcCA0~