Serdang,4 Mac 2023 - Pejabat Bursar telah menganjurkan Bengkel Pemurnian dan Perancangan Pelaksanaan Program ProFiNoF yang dihadiri oleh seramai 35 orang Pegawai Kewangan termasuk Bursar UPM, Puan Hjh Izariahwati binti Mohd Isa. Bengkel selama dua (2) hari bermula pada 3 hingga 4 Mac 2023 telah diadakan di Bangi Golf Resort Hotel. ProFiNoF adalah satu program yang diwujudkan melalui kerjasama antara Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan UPM yang telah bermula pada 10 September 2019 dengan dana pembiayaan oleh AKEPT sebanyak RM50,000.00 bagi membangunkan sebuah modul kewangan dan juga melaksanakan Latihan kepada Pengurusan Tertinggi dan Kanan Universiti Awam Bukan Kewangan.
Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan program ProFiNoF, pada 10 Mac 2022 pihak AKEPT telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada UPM untuk menjalankan program Latihan selama dua (2) tahun bermula tahun 2022 dan 2023. Pejabat Bursar diberi tanggungawab mengadakan empat (4) siri Latihan di mana dua (2) siri latihan telah diadakan pada tahun 2022 dan dua (2) siri latihan pada tahun 2023. Pada 23 dan 24 November 2022, Pejabat Bursar UPM telah berjaya menganjurkan Program ProFiNoF di Bangunan AKEPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan kehadiran peserta seramai 68 orang daripada 16 buah Universiti Awam.
Bengkel yang diadakan pada 3 hingga 4 Mac 2023 ini bertujuan untuk;
Secara keseluruhannya bengkel selama dua (2) hari ini telah mencapai objektif dan matlamat sepertimana perancangan dan banyak input-input penambahbaikan yang dikongsi untuk memastikan program ProFiNoF yang akan diadakan pada bulan Ogos 2023 lebih sukses.
Tarikh Input: 16/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | azizal
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.