NARATIF ILMU 2023 READ@BURSAR “RICH DAD POOR DAD” | PEJABAT BURSAR
» BERITA » NARATIF ILMU 2023 READ@BURSAR “RICH DAD POOR DAD”

NARATIF ILMU 2023 READ@BURSAR “RICH DAD POOR DAD”

Serdang, 22 September 2023 - Program Naratif Ilmu Read@Bursar telah dianjurkan buat kali ketiga bagi tahun 2023 di ruangan Read@Bursar bermula jam 3.00 petang dan ianya disampaikan oleh Puan Mazitah Ahmad, Ketua Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil. Beliau telah memilih buku bertajuk “Rich Dad Poor Dad” yang ditulis oleh Robert Toyu Kiyosaki sebagai perkongsian yang bermanfaat kepada semua warga Pejabat Bursar.

 

“Rich Dad Poor Dad” menjelaskan tentang perbezaan pandangan diantara orang kaya dan orang miskin berkaitan masalah kewangan. Penulis juga turut memberi motivasi supaya pembaca dapat membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh, membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang, mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja, menjadikan wang bekerja untuk kita.

 

Antara 10 pengajaran yang boleh diperolehi pada perkongsian ini adalah :

 

  • Listen to learn
  • Pay Yourself First
  • Buy Luxuries Last, Not First
  • Reduce Expenses & Liabilities
  • Aim for more valuable assets
  • Be in control over your emotions
  • Work to learn, don’t work to earn
  • You become what you study – read a lot
  • Reinvest excess cash generated by assets
  • Surround yourself with people smarter than you

 

Program Naratif Ilmu Read@Bursar diakhiri dengan nasihat dan saranan kepada semua agar dapat membuat pilihan yang terbaik sekiranya berhadapan dengan masalah kewangan. Semoga program  ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak kupasan bahan bacaan yang menarik dan bermanfaat.

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcFAO~