SERDANG, 29 Disember 2021- Di kala Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir di beberapa buah negeri termasuk Selangor dan Pahang, beberapa orang staf Pejabat Bursar juga terkesan dengan musibah ini di mana rumah mereka turut ditenggelami air sehingga ada yang mencapai sehingga ke bumbung rumah.
Di atas prinsip Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing, Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Bursar telah membuat Misi Sukarelawan Banjir untuk kerja gotong-royong pembersihan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas akibat musibah banjir yang berlaku di daerah Puchong, Sepang dan Dengkil.
Misi ini telah dilaksanakan pada 22 Disember 2021 pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Misi ini disertai oleh 21 orang staf Pejabat Bursar yang terdiri dari semua Seksyen/Unit/Bahagian yang berganding bahu serta bersama-sama melapangkan masa bagi membantu meringankan beban staf Pejabat Bursar yang terkesan dengan musibah banjir yang berlaku pada 18 Disember 2021 tempohari.
Seramai 2 buah rumah staf Pejabat Bursar yang telah dikunjungi untuk misi bantuan banjir dan kerja pembersihan yang telah dijalankan dengan mengunakan sumbangan tunai dari KSKB dan derma daripada staf Pejabat Bursar yang prihatin dan bersimpati dengan nasib rakan-rakannya untuk menampung perbelanjaan misi sukarelawan tersebut. Kawasan yang dilakukan kerja sukarelawan banjir tersebut adalah di Puchong dan Sepang
Tarikh Input: 29/12/2021 | Kemaskini: 29/12/2021 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.