SERDANG, 03 November 2023 - Akhirnya, dua (2) tahun telah pun sampai ke penghujungnya. Telah tiba saatnya barisan AJK KSKB sesi 2021-2023 melangkah pergi dan barisan AJK KSKB sesi 2021-2023 pula memikul tanggungjawab. Mengambil keberkatan Jumaat yang berkat Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) telah mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) KSKB Pejabat Bursar ke 18.Mesyuarat telah diadakan dengan meriah dan seramai 138 orang staf telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Putra Gemilang oleh semua staf yang hadir dan disusuli pula bacaan doa daripada En Azrul Bin Mohamad Juni.Selepas itu,ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengerusi,En Azahari Bin Mohamad dan akhirnya mesyuarat AGM dirasmikan oleh Penaung KSKB, iaitu Puan Hajah Izariahwati Binti Mohd Isa secara atas talian kerana Puan Bursar berada di UPM Kampus Bintulu atas urusan rasmi ketika itu. Majlis telah berlangsung selama 3 jam.
Sebanyak 25 hadiah cabutan bertuah telah disediakan.Bagi acara cabutan nombor bertuah pertama,sebanyak 10 nombor telah disampaikan oleh Timbalan Bendahari Kanan,En Yusri Bin Hashim.Bagi pembentangan laporan kewangan 31 Oktober 2023 dan segala aktiviti KSKB sepanjang tahun 2021 sehingga 2023 telah disampaikan oleh En. Fadzil Hanafi Bin Ibrahim.Terima kasih diatas sumbangan dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada ‘Bursarian’ yang amat berdedikasi.
En Mohd 'Akhi Bin Abu Bakar telah menyampaikan hadiah bagi 10 lagi nombor cabutan bertuah sesi kedua.Selepas itu,mesyuarat diteruskan dengan Tayangan Montaj 'Memori KSKB 2022-2023'.
Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan pembentangan dan undian usul.Sebanyak 13 usul dibentangkan dan setiap usul mendapat pelbagai komen dan cadangan daripada semua staf.
Di penghujung acara, telah diperkenalkan senarai Ahli Jawatankuasa KSKB yang terbaru bagi sesi 2023-2025.Tahniah kepada yang telah terpilih dan semoga dapat menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Tidak lupa juga terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa KSKB sesi 2021-2023 atas segala penat lelah dan sumbangan selama menjadi AJK .Tahniah kawana-kawan!
Berikut adalah barisan pimpinan baharu AJK KSKB sesi 2023-2025:
BAHAGIAN KEWANGAN HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) |
1) Ezzi Farhan bin Rosdi 2) Nur Hanisah binti Idris |
BAHAGIAN KEWANGAN KEMUDAHAN STAF |
1) Binti Hajera binti Tahir |
2) Nur Raimillda binti Roslan |
SEKSYEN KEWANGAN PEMBANGUNAN & CANSELORI (SKP) |
1) Nurulain binti Saharudin |
BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET |
1) Mohd Edzuan bin Manan |
BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN |
1) Zarina binti A. Bakar |
BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN |
1) Ahmad Izzani bin Abididdar |
BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN |
1) Muhammad Azrul Nizam bin Effendi |
2) Fatin Shahira binti Mohamad Zaini |
BAHAGIAN KEWANGAN BELANJAWAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN |
1) Farhanie binti Mohamed Razif |
BPOB A |
1) Nurul Atiqah binti Mohamed |
2) Nur Shakirah binti Shaharuddin |
BPOB B |
1) Nurulshuhada binti Shahidin |
2) Siti Mariam binti Abdullah |
SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI KEJURUTERAAN |
1) Alliyatun Izzati binti Zulkifli |
SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN |
1) Siti Aishah binti Zulkifli |
SEKSYEN KEWANGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR |
1) Hazlina binti Hassan |
SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR |
1) Mazitah binti Ahmad |
2) Nurbalkis binti Khairul Pern |
SEKSYEN PENGURUSAN HASIL DAN KAWALAN KREDIT |
1) Mohd Khairil Nizam bin A. Khalid |
SEKSYEN PENTADBIRAN |
1) Suzana Astri binti Yance 2) Muhammad Noraizat bin Ahmad |
|
|
Tarikh Input: 13/11/2023 | Kemaskini: 13/11/2023 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.