KURSUS PENGURUSAN STOR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KURSUS PENGURUSAN STOR

KURSUS PENGURUSAN STOR

Serdang, 24 Februari 2023 - Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Pengurusan Stor pada 24 Februari 2023 kepada Pegawai Stor Pusat Tanggung jawab (PTJ) UPM.


Taklimat Pengurusan Stor ini merupakan agenda tahunan yang sentiasa diberikan oleh Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar kepada semua Pegawai Stor, khususnya pegawai yang baharu dilantik. Ianya bertujuan untuk memastikan pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan stor di PTJ mempunyai kefahaman yang jelas tentang peranan mereka dan boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik serta mematuhi peraturan berkuatkuasa.


Bengkel telah disampaikan oleh Puan Nur Hazwani binti Abd Aziz, Penolong Bendahari dan Puan Junaidah binti Md Isa, Penolong Bendahari dari Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar. Turut bersama dalam bengkel tersebut adalah Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Encik Mohd ‘Akhi bin Abu Bakar. Dianggarkan lebih 200 orang peserta menyertai taklimat ini yang terdiri daripada Pegawai Stor dan wakil PTJ daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Hospital Pengajar Sultan Abdul Aziz Shah (HPSAAS) dan juga dari UPM Kampus Bintulu.


Peserta yang terlibat telah diberi taklimat secara terus berkenaan tatacara pengurusan stor yang merangkumi jenis-jenis stor, proses penerimaan stok, perekodan dan pendaftaran stok, penyimpanan stok, pelupusan stok, pemeriksaan stok, pelarasan stok dan kehilangan dan hapuskira stok.


Diharapkan dengan adanya taklimat ini, serba sedikit dapat membantu memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai tatacara pengurusan stor kepada Pegawai Stor PTJ yang baharu dilantik dan sedia ada.

Rujuk slaid taklimat.

Galeri Gambar

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 17/03/2023 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaNA5~