KEMENANGAN BERGANDA BUKTI SEMANGAT JUANG ATLIT BOLING G8 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KEMENANGAN BERGANDA BUKTI SEMANGAT JUANG ATLIT BOLING G8

KEMENANGAN BERGANDA BUKTI SEMANGAT JUANG ATLIT BOLING G8

SERDANG, 31 Julai 2023 – Antara salah satu acara sukan terakhir di dalam Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) Universiti Putra Malaysia 2023 adalah kejohanan Tenpin Boling (Lelaki & Wanita). Gabungan 8 yang terdiri daripada wakil Pejabat Bursar dan beberapa PTJ lain tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat yang sedia teserlah melalui penyertaan seramai 8 orang staf yang mewakili sepasukan lelaki dan wanita. Semangat juang yang tinggi di kalangan peserta tidak menghampakan pasukan apabila berjaya merangkul juara berganda yang membanggakan Gabungan 8.

 

Pasukan Tenpin Boling Lelaki mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut manakala pasukan Wanita berjaya menjadi johan buat kali pertama di dalam SUSTAF.  Jumlah kutipan jatuhan pin sebanyak 2001 menjarakkan kedudukan pasukan Lelaki dengan lain-lain pasukan termasuk naib johan Gabungan 1 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1907, perbezaan sebanyak 94 jatuhan pin.

 

Pasukan Tenpin Boling Wanita pula berjaya menjadi Johan dengan kemenangan tipis perbezaan sebanyak 4 pin iaitu 1769 jatuhan pin mengalahkan Naib Johan Gabungan 3 yang memperolehi sebanyak 1765 jatuhan pin.

 

Pejabat Bursar yang diwakili oleh En.Mohd Asri Abdullah bersama 3 lagi ahli dari PTJ lain bagi pasukan Tenpin Boling Lelaki, manakala pasukan Tenpin Boling Wanita diwakili oleh Puan Nor Azima binti Abdul Malek dan Cik Nor Maizurida binti Ibrahim bersama 2 lagi wakil dari  PTJ lain dalam Gabungan 8.

 

Pertandingan Tenpin Boling SUSTAF 2023 telah diadakan pada 29 Julai 2023 di KL Megalanes Endah Parade, Sri Petaling memberikan detik bermakna kepada Gabungan 8 seterusnya kepada warga Pejabat Bursar umumnya. Semoga semangat kesukanan ini mengalir di setiap nadi atlit yang menyertai semua acara sukan SUSTAF ini sehingga ke kemuncaknya

 

Tahniah sekali lagi diucapkan 🏆🏆🏆

#wearethechampion

#PejabatBursarUPM

#G8TheGreatest

Sustaf2023

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcNA1~