SERDANG 3 JULAI 2021 : Bengkel Rintis Professional Finance For Non-Finance (ProFiNoF) julung kali diadakan oleh Pejabat Bursar UPM dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) secara dalam talian menggunakan platform Zoom pada 28 hingga 29 Jun dan 1 hingga 2 Julai 2021. Bengkel diadakan separuh hari bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Para peserta terdiri daripada pegawai pengurusan tertinggi dari gred 48 dan ke atas daripada beberapa buah Universiti Awam. Bengkel ini telah berjaya menarik minat 17 buah Universiti Awam Malaysia yang menghantar wakil seramai 27 orang untuk mengikuti bengkel rintis selama 4 hari ini.
Tujuan bengkel rintis Professional Finance For Non -Finance (ProFiNoF) diadakan adalah untuk menambah baik dan memurnikan Modul Professional Finance For Non-Finance (ProFiNoF) yang telah dibangunkan oleh Pejabat Bursar UPM dengan peruntukan sejumlah dana daripada pihak AKEPT. Modul ini adalah untuk membantu memudahcara pihak Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan di Universiti Awam supaya ianya menjadi rujukan lebih jelas, mudah difahami dengan tatacara serta panduan mematuhi konsep pelaksanaan proses pengurusan kewangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Pembangunan modul ini diterajui oleh YBhg. Dato Zulkiflee Othman, Bursar UPM dan dibantu oleh 25 orang Pegawai Kewangan (W44-W54) yang bertindak sebagai penyedia modul dan 7 orang Pegawai Kewangan (W41) sebagai urusetia.
Menurut Bursar UPM “Bengkel Rintis ProFiNoF diadakan khas untuk mendengar maklumbalas dan pandangan daripada kedua-dua kategori pengurus iaitu Non-Finance Managers (Pengurus Bukan Kewangan) dan Finance Managers (Pengurus Kewangan) untuk menambah baik modul yang telah dibangunkan”.
Menariknya, sepanjang bengkel selama 4 hari itu, urusetia telah berkongsi banyak maklumbalas dan cadangan penambahbaikan daripada para peserta untuk tujuan memperkasakan lagi isi kandungan dalam Modul ProFiNoF. Semoga hasrat murni pihak AKEPT dan Pejabat Bursar UPM untuk penghasilan buah tangan Modul ProFiNoF yang lengkap dan bermanafaat kepada pihak sasaran akan terlaksana dalam masa terdekat
Tarikh Input: 23/07/2021 | Kemaskini: 23/07/2021 | aini_abd
BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.