Hari Keluarga KSKB 2019 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Hari Keluarga KSKB 2019

Hari Keluarga KSKB 2019

Majlis hari keluarga anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar telah di adakan pada 13-14 April bertempat di Hotel Mestra Square Melaka. Jumlah peserta menlebihi 400 orang meliputi seramai 106 staf bersama ahli keluarga masing masing. Acara dimulakan dengan program telematch bermula jam 5-7 petang.
Kemuncak program adalah Majlis makan malam bertemakan “ Bollywood Night With Bursarians” bertempat di Ames Ballroom. Sebanyak 3 kumpulan telah membuat persembahan bertemakan Bollywood pada malam itu dan Kumpulan dari Bendahari 1, telah menjuarai pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan dari Bendahari 2 dan tempat ketiga dimenangi dari kumpulan BPOB. Selain dari cabutan bertuah tetamu yang menghadiri majlis makan malam itu turut dihiburkan dengan program Aksi Si Cilik iatu persembahan anak –anak kecil memperagakan pakaian bertemakan Bollywood.Majlis turut dimeriahkan dengan sesi untuk meraihkan pesara di kalangan staf Pejabat Bursar yang akan bersara pada tahun ini. Senarai Pesara adalah seperti berikut
1) Puan mastura Abdul Rahim
2) Haji Sharifudin Mansor
3) Encik Raduan Othman

Pada keesokan harinya , program hari keluarga diteruskan dengan sesi mandi manda di Melaka Wonderland.

Pautan ke Album Facebook KSKB

Tarikh Input: 20/04/2019 | Kemaskini: 20/04/2019 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97693501 / 6208
03-86560160
C1558543620