G8 MENANG LAGI SEMPENA PERTANDINGAN PERBARISAN DI SUSTAF UPM 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » G8 MENANG LAGI SEMPENA PERTANDINGAN PERBARISAN DI SUSTAF UPM 2023

G8 MENANG LAGI SEMPENA PERTANDINGAN PERBARISAN DI SUSTAF UPM 2023

SERDANG, 21 Julai 2023 -  Kejohanan Sukan Staf UPM (SUSTAF) merupakan acara tahunan yang seringkali ditunggu-tunggu oleh semua staf tanpa mengira latar belakang samada mereka merupakan atlet UPM atau hanya staf yang ingin meluangkan masa dan bersama-sama di dalam setiap kejohanan yang dianjurkan oleh UPM.

Antara pertandingan yang sentiasa menjadi bualan dan disertai oleh hampir semua PTJ adalah Pertandingan Perbarisan antara Pusat Tanggungjawab . Pada tahun ini, telah berlangsung acara Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf UPM (SUSTAF) 2023 dan Pertandingan Perbarisan antara Pusat Tanggungjawab di Stadium Akademi Sukan UPM yang bermula pada jam 8.00 malam. Terdapat 8 gabungan PTJ yang menyertai acara perbarisan tersebut.

Pejabat Bursar berada bersama—sama dengan Pejabat Naib Canselor, Pusat Jaminan Kualiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (JINM), Pejabat Pendaftar,PPPA,OSHA, COSCOMM, UCTC, Pusat Islam, PKKSSAS dan Akademi Sukan dan membentuk Gabungan 8 atau G8. Tahun ini menyaksikan lebih banyak PTJ bergabung di dalam kumpulan G8  dan menjadikan kekuatan G8 bertambah berbanding tahun sebelum ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman selaku Naib Canselor UPM dan dihadiri oleh wakil-wakil PTJ yang telah dijemput.

G8 dan Pejabat Bursar telah memenangi 2 kategori dalam acara tersebut iaitu Lintas Hormat Terbaik dan Perbarisan Keseluruhan terbaik UPM bagi tahun 2023.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh kontigen dan Pejabat Bursar khususnya. InsyaAllah berjumpa lagi kita di tahun hadapan untuk menggegar kembali stadium UPM dengan laungan dari Gabungan 8.

 

Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 25/07/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcCAP~