- Mengendalikan urusan penyimpanan dokumen kewangan seperti baucar bayaran, resit dan jurnal dengan mengambil kira ciri – ciri kawalan dalaman dan keselamatan dokumen
- Mengurus dan memantau aliran tunai dan perjalanan akaun bank utama Universiti dari segi rekod terimaan dan pindahan keluar wang Universiti
- Memantau daftar pengguna dan menentukan had akses mengikut bidang tugas untuk sistem perakaunan teras Pejabat Bursar
- Memantau dan menyediakan penyata penyesuaian dan laporan prestasi bagi akaun-akaun bank, akaun pelaburan dan akaun amanah Universiti yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Perakaunan
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Universiti dan menyediakan laporan JPKA kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mengendalikan urusan berkaitan simpanan tetap Universiti dan memantau aktiviti pasaran wang yang diuruskan oleh Seksyen Penjanaan Pendapatan
- Mengurus permohonan pembukaan panjar wang runcit PTJ dan menyelaras penyerahan penyata pengesahan baki panjar setiap akhir tahun
- Mengurus permohonan pembukaan Akaun Amanah PTJ dan perkara berkaitan pengurusan Akaun Amanah Universiti
- Mengurus proses berkaitan di bawah Akta Wang Tak Dituntut (WTD) 1965
- Mengurus proses pemberian biasiswa kepada pelajar yang menerima Biasiswa Endowmen Yayasan Tan Sri Dr. Lim Goh Tong
- Mengurus hal berkaitan kewangan dan penyediaan penyata kewangan tahunan untuk Yayasan Pak Rashid (YPR)
- Menyelaras penjadualan, proses dan aktiviti berkaitan penutupan akaun bulanan dan akhir tahun bagi penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Universiti dan Kumpulan serta persediaan tahun kewangan baharu
- Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan lejar am, perekodan dan pelaporan semua transaksi kewangan Universiti termasuk laporan tahunan Universiti, Nota dan Memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan dengan hal-hal kewangan
- Mengurus hal-hal berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan UPM