Taklimat Pengurusan Aset Alih Universiti di UPM Kampus Bintulu

Pada 27.09.2017, satu taklimat berkenaan pengurusan aset alih Universiti telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 2B, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang dihadiri oleh 68 peserta terdiri daripada Pegawai Aset PTJ, Pegawai Tadbir dan lain-lain staf yang menguruskan aset alih Universiti secara langsung atau tak langsung.
 
Taklimat ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan berkenaan pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang disesuaikan dengan pelaksanaan semasa di UPM. Perkongsian maklumat dan pandangan daripada peserta juga diadakan bagi memantapkan lagi pengurusan aset alih UPM.