SESI PENILAIAN KENDIRI (EKSA) DI PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SESI PENILAIAN KENDIRI (EKSA) DI PEJABAT BURSAR

SESI PENILAIAN KENDIRI (EKSA) DI PEJABAT BURSAR

Serdang, 12 September 2022 – Setelah lebih sebulan staf Pejabat Bursar bertungkus lumus membanting tulang bermandi peluh dan keringat demi memastikan persekitaran Pejabat Bursar menepati kriteria EKSA, sampailah masanya bagi Sesi Penilaian Kendiri EKSA PTJ yang dinantikan oleh semua warga kerja Pejabat Bursar yang akhirnya telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari berturut-turut mulai 12 – 14 September 2022. Pada sesi ini, Pejabat Bursar telah dinilai oleh dua orang Penilai Luar PTJ yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti.

Sesi pembukaan dan penutup telah dihadiri oleh Encik Yusri selaku Timbalan Bendahari Kanan mewakili Puan Bursar dan turut disertai oleh 30 orang Ahli Jawatankuasa EKSA Pejabat Bursar. Pada sesi ini, Panel Penilai menggunapakai Kriteria Penilaian EKSA UPM yang telah dibangunkan seperti berikut :

KOMPONEN GENERIK :

Komponen A – Keperluan Utama Pelaksanaan

Komponen B – Ruang Tempat Kerja / Pejabat

Komponen C – Tempat Umum

Komponen D – Keselamatan Persekitaran                                                                          

Komponen E – Kawasan Persekitaran Jabatan

Komponen F – Tempat-Tempat Khusus

 

Segala komen dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh panel pada sesi penutup penilaian kendiri EKSA akan diambil tindakan yang sewajarnya. Dengan semangat kerjasama serta sikap bantu membantu dalam kalangan warga kerja di dalam memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, Pejabat Bursar menaruh harapan yang tinggi agar berjaya disenarai pendek di kalangan PTJ yang terbaik dan seterusnya berjaya di dalam Proses Penilaian Akhir.

Tarikh Input: 23/09/2022 | Kemaskini: 17/10/2022 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUTAQ~