PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON FINANCE (PROFINOF) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON FINANCE (PROFINOF)

PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON FINANCE (PROFINOF)

PROGRAM PROFESSIONAL FINANCE FOR NON FINANCE (PROFINOF)

Serdang, 29 November 2022 – Pelaksanaan pengurusan kewangan yang berhemah, telus serta mematuhi pekeliling perbendaharaan merupakan tadbir urus utama yang sangat penting dalam sesebuah organisasi khususnya bagi sesebuah badan kerajaan dan badan berkanun. Universiti Awam tidak terkecuali dalam memastikan pengurusan kewangan diurus tadbir dengan cermat serta mematuhi peraturan kerajaan yang berkuatkuasa.

Sehubungan itu, Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pegajian Tinggi (AKEPT) telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Professional Finance for Non-Finance (ProFiNoF) selama dua (2) hari iaitu pada 23 hingga 24 November 2022 di AKEPT, Lebuh Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Jemputan terbuka kepada 20 buah Universiti Awam Malaysia (UA) namun dikhususkan kepada pengurusan tertinggi dan kanan UA bukan kewangan (Non-Finance Manager).

Alhamdulillah program ini berjaya menerima sambutan dengan kehadiran seramai 68 orang peserta daripada 16 buah UA iaitu antaranya seperti Universiti islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Melalui program ProFiNoF ini, enam (6) tajuk proses utama kewangan dibentangkan oleh penceramah daripada Pejabat Bursar UPM, satu tajuk daripada Ketua Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan satu sesi forum daripada panel jemputan khas iaitu antaranya YBhg. Dato’ Zulkiflee bin Othman Mantan Bursar UPM, YBrs. En. Azmi bin Zainal Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Berhad, YBhg. Dato'  Nur ‘Aliyah Karen Founder of Yayasan Health On World dan YBrs. Hj Mohammad Syahnis bin Salleh Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP. Berikut adalah perincian perjalanan program mengikut tajuk-tajuk yang di sampaikan:

23 November 2022

Tajuk 1: Anggaran Perbelanjaan Tahunan (Puan Siti Amira Binti Shukor)

Tajuk 2: Kemampanan Kewangan dan Pengurusan Hasil (Puan Mazitah Binti Ahmad)

Tajuk 3: Perolehan Memacu Pengajaran dan Penyelidikan (Puan 'Itrah Hayati Binti Abdul Rahim)

Tajuk 4: Ketelusan dan Akauntabiliti dalam Pembayaran (Puan Yusnawati Binti Mat Isa)

Tajuk 5: Pemantapan Pengurusan Aset (Encik Mohd 'Akhi Bin Abu Bakar)

 

24 November 2022

Tajuk 6: Penyata Kewangan Indikasi Kelestarian Pengurusan Universiti (Puan Hafizah Binti Misran)

Tajuk 7 : Perkongsian Isu-isu Audit Dalam ke Arah Pemerkasaan Tadbir Urus Kewangan IPT (Puan Rokiah Binti Saad, Ketua Unit Audit Dalam, KPT)

Forum : Cabaran Pendanaan Universiti Awam, Apa Kata Industri

 

Antara objektif dan matlamat utama Program ProFiNoF dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan program yang dibangunkan oleh Pejabat Bursar UPM dengan usaha sama AKEPT kepada semua UA khususnya kepada Pegawai Bukan Kewangan, disamping itu berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan dengan pengurusan kewangan Universiti berpandukan kepada pemakaian pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa serta berkongsi isu dan idea baharu terutamanya berkaitan dengan pendanaan Universiti melalui platform forum bersama panel jemputan khas dari agensi swasta, badan berkanun dan persendirian.

Pihak pengajur percaya dengan adanya program seperti ini, para peserta yang hadir secara tidak langsung telah mendapat satu pengalaman, pengetahuan dan kefahaman yang baharu terutamanya dalam tadbir urus kewangan Universiti. Diharapkan dengan ilmu yang disampaikan dapat menambahbaik sistem pengurusan Universiti Awam dengan lebih cekap, efisien, telus serta berdaya saing. 

Galeri gambar

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEUMAS~