PERSEMBAHAN DIKIR BARAT INOVASI PEJABAT BURSAR SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN PADA 10 NOVEMBER 2017
TARIKH: 10 NOVEMBER 2017
MASA: 8.30PAGI -12.30 TENGAHHARI
TEMPAT:DEWAN BESAR PKKSAAS
AHLI TERLIBAT: 22 ORANG ( Terdiri dari 14 orang awak-awak, 6 Pemuzik, 1 juara, 1 tukang karut)
Pada 10 November 2017, sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM, Pejabat Bursar telah diberi peluang untuk membuat persembahan Dikir Barat Inovasi yang diiringi oleh kumpulan muzik Pejabat Bursar setelah berlatih selama 3 hari. Kumpulan Dikir ini yang ditubuhkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar sempena HKIP 2017 turut dibantu oleh staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu Tuan Arkhan bin Tuan Yakob bagi memantapkan lagi satu-satunya persembahan kumpulan pada hari tersebut.
Kumpulan Dikir Barat yang diwakili oleh 22 orang staf yang terdiri dari 2 pegawai dan 20 staf pelaksana berjaya menghiburkan semua penonton pada hari tersebut. Selain kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua ahli kumpulan, setiap staf juga berjaya menonjolkan bakat terpendam masing-masing dalam bidang kebudayaan.
Semoga aktiviti berkumpulan ini akan diteruskan pada masa akan datang demi membawa semangat berpasukan Pejabat Bursar dalam apa jua acara Jabatan dan Universiti