| PEJABAT BURSAR

NARATIF ILMU READ@BURSAR PEJABAT BURSAR (GPS KEWANGAN)

Serdang, 10 Mac 2023 - Ilmu kewangan peribadi sangat penting untuk diketahui agar pengguna seperti kita dapat berbelanja dengan bijak dan berhemah. Lanjutan itu, pada 10 Mac 2023 Pejabat Bursar telah menganjurkan program Naratif Ilmu Read@Bursar bersama Puan Junaida Adan, Ketua Bahagian Pengurusan Operasi Berpusat(BPOB) yang diadakan di ruangan Read@Bursar, Pejabat Bursar jam 4.00 petang.


Di program yang penuh ilmu ini ,Puan Junaida telah memilih buku bertajuk "GPS Kewangan" yang mengupas topik-topik penting yang sangat memberi manfaat.


Antara intipati buku tersebut adalah mengetahui komponen yang terlibat dalam proses merancang dan mengurus kewangan.Komponen-komponen ini adalah seperti sumber pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pelaburan dan perlindungan.


Disamping itu,Puan Junaida juga telah menerangkan 10 asas-asas pengurusan kewangan seperti membuat formula pengurusan kewangan,membuat rekod perbelanjaan, bina simpanan, pelbagaikan akaun bank kita, bijak dalam membezakan keperluan dan kehendak, melunaskan hutang-hutang, mengetahui cara pembiayaan semula atau penyatuan hutang kita, memastikan skor kredit kita sihat,mempertimbangkan untuk membuat pelaburan dan tuntut pelepasan cukai pendapatan kita.


Disamping itu juga,Puan Junaida telah menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan kita gagal mengurus kewangan peribadi kita.  Antaranya ialah pengaruh persekitaran, pengurusan kewangan bermusim, hanya merancang sekali seumur hidup, tidak memahami teknik pengurusan kewangan, tidak berdisiplin, tiada pembentangan perbelanjaan keluarga dan matlamat yang kurang jelas.


Selain itu,Puan Junaida juga telah menerangkan punca-punca rakyat kita muflis dan kesannya.Banyak perkara yang boleh membuatkan kita diistiharkan muflis seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, penggunaan kad kredit dan lain-lain lagi.


Bagi melancarkan pengurusan kewangan kita untuk masa hadapan,kita haruslah merancang aliran tunai kita seharian.Ini bagi membantu kita memantau dengan terperinci perbelanjaan kita.Seterusnya,jika pengurusan kewangan kita stabil,kita dapat menentukan tahap kewangan peribadi kita.


Selain topik-topik tersebut,Puan Junaida juga ada menerangkan agar kita merancang kewangan kita sebelum persaraan.Ini sangat penting supaya kita dapat menikmati alam persaraan kita dengan bebas hutang.


Semoga program ilmu ini  mendapat manfaat buat semua pembaca dan warga Pejabat Bursar.

SXETGA3~