| PEJABAT BURSAR

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN ASET DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA)

Serdang, 22 Februari 2023 -  Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan antara bahagian yang kerap dikunjungi oleh pelbagai agensi termasuk daripada universiti awam untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian bersama bagi menambah baik dan menaik taraf tatacara pengurusan asset serta stor yang sedang dilaksanakan oleh agensi terlibat.

Pada 22 Februari 2023 , BKPA  telah menerima lawatan penanda aras pengurusan aset daripada Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada 5 orang pegawai. Delegasi daripada IIUM ini diketuai oleh Encik Mohamed Bedrulzaman bin Mohamed Basir W52 di mana pegawai lain yang turut serta adalah Puan Azlina binti Mohd Kamil W48, En. Mohd Azhari bin Mohd Nadzari W44, En Zaily Azizi bin Zulkifli W29 dan En Muhammad bin Rosli W29.


Dalam sesi lawatan tersebut, pihak Pejabat Bursar, UPM telah berkongsi maklumat mengenai amalan terbaik tatacara pengurusan aset di UPM antaranya dari segi polisi pengurusan aset di UPM, sistem Pengurusan aset, proses pemeriksaan aset, proses pelupusan aset, proses kehilangan aset dan banyak lagi. Turut hadir untuk mengalu-alukan kedatangan pihak UIA adalah Puan Izariahwati binti Mohd Isa, Bursar UPM. Sesi perkongsian diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Bursar dan seterusnya semua tetamu diraikan di Astana Putra UPM Serdang.

 

 

  

 

SXDdFAz~