UPM : PEJABAT BENDAHARI
 
 

ENGLISH            

UTAMA

MENGENAI KAMI

ORGANISASI

STAF

BERITA

HUBUNGI KAMI

SOALAN LAZIM

 Mengenai Kami
         
 

Misi

 
 

Memberi perkhidmatan kewangan yang berkualiti, telus, cekap dan berkesan serta menjadi pusat rujukan dalam urusan kewangan bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan.

 
     
 

Visi

 
 

Menjadi jabatan yang memberi perkhidmatan kewangan bagi menyokong wawasan UPM ke arah universiti bertaraf dunia.

 
 

 

 
 

Dasar Kualiti

 
 

"Kami staf Pejabat Bendahari beriltizam ke arah kecemerlangan berterusan melalui penerapan budaya kualiti di dalam memberi perkhidmatan kewangan yang profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

Kami juga akan memberi komitmen untuk mematuhi Dasar Kualiti Pejabat Bendahari yang telah ditetapkan bagi menjamin peningkatan berperingkat Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Bendahari."

 
 

 

 
 

Piagam Pelanggan

 
 

Kami, staf Pejabat Bendahari berusaha untuk :

·      Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan mesra pelanggan.

·      Menyediakan bajet tahunan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas kelulusan.

·      Membayar:

o    Pinjaman/biasiswa kepada pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh layak dibayar.

o    Semua tuntutan staf/pembekal dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen yang lengkap diterima dari PTJ.

o    Gaji staf mengikut jadual yang telah ditetapkan.

o    Pendahuluan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

o    Biasiswa pegawai mengikut jadual yang ditetapkan.

o    Pinjaman kenderaan/komputer dalam tempoh 7 hari bekerja selepas perjanjian pinjaman disempurnakan.

·      Memproses perolehan seperti berikut:

o    Pendaftaran pembekal dalam tempoh 5 hari bekerja.

o    Menyediakan pesanan belian dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima permohonan pembelian yang lengkap.

·      Memproses pelupusan aset dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
 

 

Capaian Pantas