PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2008 - PERATURAN PERAKAUNAN PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN 2008

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai peraturan yang akan berkuatkuasa pada akhir tahun kewangan 2008 bagi memastikan penyediaan akaun tahun ini tidak tergendala.

Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2008.pdf
 

 

ARAHAN DAN KELULUSAN MEMBUAT KERJA LEBIH MASA
 

Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2008 mengenai Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berkhemat dan Langkah untuk Mengurangkan Perbelanjaan Awam, perenggan 4, Elaun Lebih Masa adalah dirujuk.
 
Untuk makluman, kerja lebih masa hanya dibenarkan sekiranya mendapat arahan bertulis daripada Ketua PTJ/Ketua Jabatan. Oleh itu, PTJ yang masih tidak mempunyai Surat Arahan dan Kelulusan membuat Kerja Lebih Masa dibenarkan menggunakan surat/borang yang disediakan oleh Pejabat Bendahari seperti lampiran disertakan.
 
Untuk makluman tuan/puan juga, Surat Arahan dan Kelulusan Membuat Kerja Lebih Masa ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2008.
 
 
Sekian, harap maklum.
 
"BERILMU BERBAKTI"
 
En. Mohd 'Akhi Abu Bakar
Pegawai Kewangan
Seksyen Kewangan Staf
Pejabat Bendahari
Universiti Putra Malaysia

 

PANDUAN DAN MANUAL AP TRACKING  

PEROLEHAN SECARA UNDIAN

Adalah dimaklumkan mulai tahun 2008 semua Perolehan bagi kerja-kerja di bawah Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset yang berjumlah kurang daripada RM20,000.00 akan diuruskan melalui Perolehan Secara Undian.

Makluman Undian Minggu Ini
Notis Makluman
Garis Panduan Perolehan Kerja Secara Undian
 

 

Untuk makluman semua pengguna SAGA di Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Semua ID Pengguna SAGA akan ditamatkan pada 31 Disember 2007. Oleh yang demikian, sila mohon semula ID Pengguna SAGA yang baru menggunakan borang
BEN/AKN/B002 atau layari laman http://www.bursar.upm.edu.my/akaun/akn_b002.pdf untuk muaturun borang.

Sila hantar Borang Permohonan Pengguna SAGA ini dengan segera ke:-

Seksyen Teknologi Maklumat
Pejabat Bendahari
Universiti Putra Malaysia
43400
UPM Serdang
Selangor
 

 

Untuk penggunaan E-Borang Pejabat Bendahari, sila masukkan no kakitangan (HURUF BESAR)
pada Id staff dan Kata Laluan (Hanya untuk staf tetap dan Tutor SAHAJA).

Untuk staf kontrak dan selainnya, sila beri nama penuh, no kakitangan, no. kad pengenalan
dan emailkan kepada adminbursar@putra.upm.edu.my
Sebarang masalah sila hubungi zon kewangan anda.
 

 

Penggunaan E-borang untuk urusan kewangan Universiti. Borang-borang yang terlibat ialah borang pembayaran B011, B014, B015, B016, B020, B026, B029, B037 dan B054. Borang manual masih boleh didownload sehingga 30 Jun 2007.

Mulai 1 Julai 2007, borang manual tidak akan diterima, kerana sistem e-borang akan berkuatkuasa sepenuhnya.

Sebarang masalah sila hubungi Zon Kewangan Pejabat Bendahari yang berdekatan. https://ebursar.upm.edu.my

 

Perlaksanaan Pembayaran Melalui Kaedah Pindahan Wang Terus Ke Bank ( Electronic Fund Transfer-EFT) Maklumat Lanjut....

 

Contoh Surat Tawaran Jawatan Pembantu Tadbir Sambilan
Klik sini....